Wednesday, 16 September 2015

Hak Asasi Kanak-kanak;




Menurut Hak Asasi Manusia, setiap warganegara layak mendapat peluang pendidikan;
Ø   semua kanak-kanak berhak untuk belajar bersama-sama.
Ø  kanak-kanak tidak seharusnya diperkecil atau didiskriminasi
Ø   orang dewasa yang kurang upaya, menggambarkan diri mereka sendiri sebagai orang-orang yang terselamat di sekolah khas, mendesak untuk mengakhirkan pengasingan.
Ø   tiada sebab-sebab perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada pendidikan mereka.
 

 
   Antara Hak Setiap Kanak-Kanak adalah seperti yang berikut;
 
·         untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;
·         untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;
·         untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai;
·         untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat;
·         untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri;
·         untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;
·         untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya;
·         untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan;
·         untuk berupaya mengekspresi pandangan  sendiri.
 
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak;
 
·               Perkara 2               :           tiada diskriminasi
·               Perkara 3               :           diberi pelindungan
·               Perkara 6               :           hak untuk hidup
·               Perkara 13             :           kebebasan bersuara
·               Perkara 19             :           diberi peruntukan undang-undang
·               Perkara 23             :           menikmati kehidupan
·               Perkara 28             :           Hak pendidikan
·               Perkara 29             :           halatuju pendidikan
·               Perkara 30             :           hak dalam komuniti
·               Perkara 32             :           dilindungi dari segi ekonomi
·               Perkara 34             :           tiada eksploitasi

 Hak kanak-kanak               :           Seksyen 17
 
·         Dilindungi dari segi fizikal
·         Tada penganiayaan
·         Pergaulan yang sihat
·         Hak kesihatan
·         Kemudahan bekalan makanan
·         Elak penderaan emosi

Langkah – Langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi di Kalangan Murid.


Program – program pendidikan sebagai sokongan dalam pembentukkan tingkah laku. Program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkah laku dan meningkatkan konsep kendiri.

Murid yang mengalami masalah psikologi perlu mendapat khidmat sokongan daripada kaunseling.

Murid perlu diberi bimbingan kerjaya supaya dapat meningkatkan konsep kendiri yang lebih positif

Kerjasama daripada ibu bapa sangat penting bagi meningkatkan akademik murid dari masa ke semasa.

Guru menggunakan modifikasi tingkah laku yang bersesuaian dengan murid. Peneguhan positif diberikan kepada tingkah laku yang baik, manakala dendaan diberikan kepada tingkah laku negatif.

Murid mendapat pendedahan yang maksimum mengenai cara meningkatkan kecerdasan emosi dengan lebih berkesan. 

Guru mahir dalam mengawal kelas melalui pendekatan peraturan. Murid perlu jelas dengan peraturan - peraturan yang telah disediakan oleh guru. 

Murid perlu diberi peluang mengenal kesalahan yang telah dilakukan. Seterusnya diberi peluang untuk memperbaiki kesalahan tersebut

Tuesday, 15 September 2015

Usaha menjadikan Malaysia Pusat Pendidikan Antarabangsa.



                   
1.     Memperkukuhkan dasar menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan             pendidikan apabila dapat menarik lebih ramai pelajar asing ke sekolah                        antarabangsa. Ini membuka peluang kepada institusi pengajian tinggi swasta          (IPTS) kerana pelajar antarabangsa yang sedia ada boleh melanjutkan                         pengajian mereka di Malaysia.

2.    Perkembangan ICT menyebabkan pelajar tidak ketinggalan dalam arus                      pemodenan. Proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan kerana semua            maklumat boleh didapati di internet. Implikasi daripada perkembangan ICT ini          akan meningkatkan kualiti system pendidikan di Malaysia. Kualiti yang semakin          baik akan menarik lebih ramai pelajar asing ke Malaysia untuk meneruskan                   pengajian.

3.     Menaiktaraf institusi pengajian tinggi

4.     Mengadakan program berkembar dengan negara luar
           Pendidikan di Malaysia tidak hanya akan bergantung kepada universiti-                   universiti tempatan yang sedia ada sahaja. Penubuhan institusi pengajian                  tinggi swasta mempunyai implikasi yang besar kepada perkembangan industri           pendidikan negara. Perlaksanaan program berkembar oleh insitusi-institusi 
      swasta ini membolehkan wujudnya peluang pembelajaran yang lebih tinggi 
     dari segi penawaran kursus-kursus pengajian hasil dari kewujudan program                  berkembar, sekaligus menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih                  banyak.

5.     Menawarkan kursus-kursus yang diiktiraf oleh seluruh dunia

6.     Meningkatkan pengetahuan tenaga pengajar.
     Mewujudkan lebih ramai tenaga kerja yang  yang berpengetahuan tinggi (Knowledgeble  Workers).  Melatih semula pensyarah dan profesor dalam bidang baru seperti teknologi maklumat, komputer, teknologi pendidikan adalah antara langkah-langkah penting bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan dianggap sebagai satu program perkembangan staf yang perlu dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi yang ingin berkembang secara  progresif dan dinamis.
7.     Memudahkan kemasukan pelajar luar negara
-visa pelajar lebih mudah
-kemudahan asas disediakan
-menambahkan tajaan untuk pelajar luar negara.

8.     Untuk memastikan sistem pendidikan negara terus relevan dan berdaya saing,  
        penandaarasan pendidikan negara adalah amat penting untuk menjamin   
        pendidikan negara sediakan adalah setanding dengan amalan terbaik di  
        peringkat antarabangsa. Dengan mengambil kira kesesuaian konteks 
        pendidikan Malaysia, Kementerian menjalankan kajian penilaian ke atas sistem           pendidikan negara dengan kerjasama UNESCO bagi mengenal pasti kekuatan        dan kelemahan untuk menambahbaik sistem pengurusan pendidikan,                          kurikulum,latihan perguruan, proses pengajaran dan pembelajaran dan aspek-          aspek lain secara keseluruhannya.