1. Memperkukuhkan
dasar menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan apabila dapat
menarik lebih ramai pelajar asing ke sekolah antarabangsa. Ini membuka peluang
kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana pelajar antarabangsa yang
sedia ada boleh melanjutkan pengajian mereka di Malaysia.
2. Perkembangan
ICT menyebabkan pelajar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan. Proses pembelajaran
akan menjadi lebih berkesan kerana semua maklumat boleh didapati di internet.
Implikasi daripada perkembangan ICT ini akan meningkatkan kualiti system pendidikan
di Malaysia. Kualiti yang semakin baik akan menarik lebih ramai pelajar asing ke
Malaysia untuk meneruskan pengajian.
3. Menaiktaraf
institusi pengajian tinggi
4. Mengadakan
program berkembar dengan negara luar
Pendidikan di Malaysia tidak hanya
akan bergantung kepada universiti- universiti tempatan yang sedia ada sahaja.
Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta mempunyai implikasi yang besar
kepada perkembangan industri pendidikan negara. Perlaksanaan program berkembar
oleh insitusi-institusi
swasta ini membolehkan wujudnya peluang pembelajaran
yang lebih tinggi
dari segi penawaran kursus-kursus pengajian hasil dari kewujudan
program berkembar, sekaligus menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih banyak.
5. Menawarkan
kursus-kursus yang diiktiraf oleh seluruh dunia
6. Meningkatkan
pengetahuan tenaga pengajar.
Mewujudkan lebih ramai tenaga kerja yang yang
berpengetahuan tinggi (Knowledgeble Workers). Melatih semula pensyarah
dan profesor dalam bidang baru seperti teknologi maklumat, komputer, teknologi
pendidikan adalah antara langkah-langkah penting bagi meningkatkan kualiti
pendidikan tinggi dan dianggap sebagai satu program perkembangan staf yang
perlu dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi yang ingin berkembang secara
progresif dan dinamis.
7. Memudahkan
kemasukan pelajar luar negara
-visa pelajar lebih mudah
-kemudahan asas disediakan
-menambahkan tajaan untuk
pelajar luar negara.
8.
Untuk memastikan sistem pendidikan negara terus relevan dan
berdaya saing,
penandaarasan pendidikan
negara adalah amat penting untuk menjamin
pendidikan negara sediakan adalah setanding
dengan amalan terbaik di
peringkat
antarabangsa. Dengan mengambil kira kesesuaian konteks
pendidikan Malaysia,
Kementerian menjalankan kajian penilaian ke atas sistem pendidikan negara
dengan kerjasama UNESCO bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
untuk menambahbaik sistem pengurusan pendidikan, kurikulum,latihan perguruan, proses pengajaran
dan pembelajaran dan aspek- aspek lain secara keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment