Friday, 18 September 2015
Wednesday, 16 September 2015
Hak Asasi Kanak-kanak;
Menurut Hak
Asasi Manusia, setiap warganegara layak mendapat peluang pendidikan;
Ø semua kanak-kanak berhak untuk belajar
bersama-sama.
Ø
kanak-kanak tidak seharusnya
diperkecil atau didiskriminasi
Ø orang
dewasa yang kurang upaya, menggambarkan diri mereka sendiri sebagai orang-orang
yang terselamat di sekolah khas, mendesak untuk mengakhirkan pengasingan.
Ø tiada
sebab-sebab perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada pendidikan
mereka.
Antara Hak Setiap
Kanak-Kanak adalah seperti yang berikut;
· untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;
· untuk mempunyai
keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;
· untuk tinggal
di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai;
· untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan
sihat;
· untuk mendapatkan
pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri;
· untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;
· untuk dilindungi daripada
penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya;
· untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan;
· untuk berupaya mengekspresi pandangan sendiri.
Konvensyen Mengenai
Hak Kanak-Kanak;
· Perkara
2 : tiada
diskriminasi
· Perkara
3 : diberi
pelindungan
· Perkara
6 : hak
untuk hidup
· Perkara
13 : kebebasan
bersuara
· Perkara
19 : diberi
peruntukan undang-undang
· Perkara
23 : menikmati
kehidupan
· Perkara
28 : Hak
pendidikan
· Perkara
29 : halatuju
pendidikan
· Perkara 30 : hak
dalam komuniti
· Perkara
32 : dilindungi
dari segi ekonomi
· Perkara 34 : tiada
eksploitasi
Hak
kanak-kanak : Seksyen
17
· Dilindungi dari segi fizikal
· Tada penganiayaan
· Pergaulan yang sihat
· Hak kesihatan
· Kemudahan bekalan makanan
· Elak penderaan emosi
Langkah – Langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi di Kalangan Murid.
Program –
program pendidikan sebagai sokongan dalam pembentukkan tingkah laku. Program
ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk
meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan
kemahiran dalam mengawal tingkah laku dan meningkatkan konsep kendiri.
Murid yang
mengalami masalah psikologi perlu mendapat khidmat sokongan daripada
kaunseling.
Murid perlu
diberi bimbingan kerjaya supaya dapat meningkatkan konsep kendiri yang lebih
positif
Kerjasama
daripada ibu bapa sangat penting bagi meningkatkan akademik murid dari masa ke
semasa.
Guru
menggunakan modifikasi tingkah laku yang bersesuaian dengan murid. Peneguhan
positif diberikan kepada tingkah laku yang baik, manakala dendaan diberikan
kepada tingkah laku negatif.
Murid
mendapat pendedahan yang maksimum mengenai cara meningkatkan kecerdasan emosi
dengan lebih berkesan.
Guru mahir
dalam mengawal kelas melalui pendekatan peraturan. Murid perlu jelas dengan
peraturan - peraturan yang telah disediakan oleh guru.
Murid perlu
diberi peluang mengenal kesalahan yang telah dilakukan. Seterusnya diberi
peluang untuk memperbaiki kesalahan tersebut
Tuesday, 15 September 2015
Usaha menjadikan Malaysia Pusat Pendidikan Antarabangsa.
1. Memperkukuhkan
dasar menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan apabila dapat
menarik lebih ramai pelajar asing ke sekolah antarabangsa. Ini membuka peluang
kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana pelajar antarabangsa yang
sedia ada boleh melanjutkan pengajian mereka di Malaysia.
2. Perkembangan
ICT menyebabkan pelajar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan. Proses pembelajaran
akan menjadi lebih berkesan kerana semua maklumat boleh didapati di internet.
Implikasi daripada perkembangan ICT ini akan meningkatkan kualiti system pendidikan
di Malaysia. Kualiti yang semakin baik akan menarik lebih ramai pelajar asing ke
Malaysia untuk meneruskan pengajian.
3. Menaiktaraf
institusi pengajian tinggi
4. Mengadakan
program berkembar dengan negara luar
Pendidikan di Malaysia tidak hanya
akan bergantung kepada universiti- universiti tempatan yang sedia ada sahaja.
Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta mempunyai implikasi yang besar
kepada perkembangan industri pendidikan negara. Perlaksanaan program berkembar
oleh insitusi-institusi
swasta ini membolehkan wujudnya peluang pembelajaran
yang lebih tinggi
dari segi penawaran kursus-kursus pengajian hasil dari kewujudan
program berkembar, sekaligus menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih banyak.
5. Menawarkan
kursus-kursus yang diiktiraf oleh seluruh dunia
6. Meningkatkan
pengetahuan tenaga pengajar.
Mewujudkan lebih ramai tenaga kerja yang yang
berpengetahuan tinggi (Knowledgeble Workers). Melatih semula pensyarah
dan profesor dalam bidang baru seperti teknologi maklumat, komputer, teknologi
pendidikan adalah antara langkah-langkah penting bagi meningkatkan kualiti
pendidikan tinggi dan dianggap sebagai satu program perkembangan staf yang
perlu dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi yang ingin berkembang secara
progresif dan dinamis.
7. Memudahkan
kemasukan pelajar luar negara
-visa pelajar lebih mudah
-kemudahan asas disediakan
-menambahkan tajaan untuk
pelajar luar negara.
8.
Untuk memastikan sistem pendidikan negara terus relevan dan
berdaya saing,
penandaarasan pendidikan
negara adalah amat penting untuk menjamin
pendidikan negara sediakan adalah setanding
dengan amalan terbaik di
peringkat
antarabangsa. Dengan mengambil kira kesesuaian konteks
pendidikan Malaysia,
Kementerian menjalankan kajian penilaian ke atas sistem pendidikan negara
dengan kerjasama UNESCO bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
untuk menambahbaik sistem pengurusan pendidikan, kurikulum,latihan perguruan, proses pengajaran
dan pembelajaran dan aspek- aspek lain secara keseluruhannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)